Ini merupakan minggu terakhir bagi kelas SMP 2252 Muzik Tradisional. Saya yakin bahawa semua pelajar dalam kelas ini berasa sedih kerana kela ini telah pun sampai ke penghujungnya. Namun begitu, kita terpaksa menerima hakikatnya bahawa kelas yang begitu menarik ini telah pun berakhir.
Minggu ini, kelas telah dimulakan dengan kuliah terakhir yang berkaitan dengan tarian singa. Tarian singa ini bukan lagi suatu perkara yang asing bagi saya kerana setiap tahun sewaktu Perayaan Tahun Baru Cina, saya akan didedahkan kepada tarian singa ini. Malah ada ramai di antara kawan-kawan saya yang merupakan pemain dalam tarian singa ini. Saya ingat sewaktu saya kecil dahulu, saya teramat takut dengan tarian singa ini. Setibanya musim perayaan Tahun Baru Cina, tarian singa ini akan pergi dari rumah ke rumah orang Cina. Apabila saya nampak tarian singa ini menghampiri rumah saya, saya terus lari ke dalam rumah dan menutup semua pintu rumah seakan-akan tiada orang yang berada di dalam rumah. Ini kerana saya takut dengan dua ekor singa tersebut terutamanya matanya yang menakutkan. Yang lucunya, saya mempunyai pemikiran bahawa singa itu akan menggigit dan memakan saya. Apabila saya memikirkan balik, saya terasa sangat melucukan. Apabila saya semakin besar, saya semakin menikmati tarian singa ini. Saya semakin pandai menghayati kesenian yang tersirat dalam tarian singa ini. Saya sangat terpegun melihat kehebatan dan semangat yang terdapat pada penari tarian singa tersebut. Mereka mempunyai semangat kerjasama yang sangat kuat. Tarian singa ini merupakan suatu tarian yang memang memerlukan kemahiran yang tinggi dan bukan semua orang boleh menarikan tarian ini dengan baik.
Ini merupakan refleksi terakhir yang perlu dibuat dalam kursus selama 14 minggu ini. Tidak dapat dinafikan bahawa saya agak gembira kerana selepas ini saya tidak perlu membuat refleksi setiap minggu lagi. Namun begitu, saya pasti akan merindui saat-saat membuat refleksi mingguan ini kerana pada masa akan datang, saya berkemungkinan besar tidak mempunyai peluang untuk membuat refleksi seperti ini lagi. Saya amat suaka dengan sistem pelajaran yang digunakan oleh En Amran ini. sistem P&P ini bukan sahaja memudahkan kami malah boleh mengajar kami lebih mengenali tentang penggunaan blog. Sekiranya saya tidak mengikuti kursus ini, saya rasa saya tidak akan tahu untuk membuat blog dalam seumur hidup saya. Kandungan kursus yang direka oleh En Amran amat lengkap sekali dan melalui kursus ini, hampir semua jenis muzik tradisional di Malaysia telah dipelajari dan didedahkan kepada kami semua. Selain itu, dalam pembentangan kumpulan yang memerlukan kajian lapangan, dalam proses menyediakan pembentanga ini sememangnya telah memberikan kami banyak pemgalaman baru terutamanya dalam sesi temu ramah orang-orang hebat dalam muzik tradisional. Selain itu, setiap kumpulan telah membuatkan suatu sesi pembentangan yang menarik sekali dan begitu berkesan sekali sehingga semua orang dapat memahami dan mengenali setiap jenis muzik tradisional dengan lebih mendalam. Tayangan video-video yang berkaitan dengan sesi pengajaran oleh En. Amran amatlah berkesan sekali dan membantu kami memahami isi pengajaran. Pembelajaran menggunakan teknologi terutamanya blog dan facebook ini sememangnya merupakan suatu teknik pengajaran yang harus digunakan juga dalam pengajaran kelas lain. ini merupakan suatu pendekatan yang bagus di mana wujudnya interaksi sesama pensyarah dengan pelajar malah pelajar dengan pelajar. semua orang dalam kelas ini dapat berhubung pada bila-bila masa sahaja. Dalam kelas ini juga, kemahiran berfikir kami dapat ditingkatkan kerana kami perlu memberi komen dan membuat refleksi setiap minggu.
Secara keseluruhannya, saya berasa amat bersyukur kerana saya merupakan salah seorang daripada pelajar yang mengikuti kursus ini. Saya sangat gembira kerana saya telah dilengkapi dengan lebih banyak pengetahuan dan semua pengetahuan ini amat berguna dalam kerjaya saya pada masa depan. Saya rasa pelajar-pelajar bagi kursus ini pada semester hadapan juga akan menyukai kelas ini seperti saya. Tetapi saya rasa masa untuk kursus ini agak singkat. Selain itu, dua kelas dengan topik pembentangan yang berbeza menyebabkan saya tidak dapat mengenali tentang topik yang dibentangkan pada hari Isnin. Ini kerana ada di antara kita yang mempunyai kelas pada hari Isnin dan tidak dapat menghadirkan diri pada sesi pembentangan hari Isnin. Oleh itu, saya mencadangkan supaya sesi pembentangan kumpulan boleh dibuat pada suatu masa di mana setiap pelajar dapat mengikuti sesi tersebut. Saya memang sangat berpuas hati dengan perjalanan kursus ini dan berharap agar kursus ini dapat menjadi lebih baik dari semasa ke semasa pada masa akan datang.
Di sini, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada En. Amran kerana telah mendidik saya dan memberi pengetahuan yang begitu banyak kepada setiap orang di dalam kelas kami. Tidak lupa juga kepada rakan-rakan seperjuangan saya sekalian yang bersama-sama mengharungi waktu susah, sedih, gembira dan kesibukan yang teramat sangat sepanjang 14 minggu ini. Tahniah kepada kita semua kerana telah berjaya menghabiskan kursus ini dan diharapkan pada masa hadapan kita berpeluang untuk menjadi rakan sekelas lagi. BYE BYE........................:)
Walaupun semester ini sudah hampir tamat dan kita akan menduduki peperiksaan akhir tidak lama lagi, namun, detik-detik dan kenangan-kenangan manis ataupun pahit yang kita lalui bersama sepanjang semester ini tidak akan dilupai. Semoga kita maju jaya dalam peperiksaan yang akan datang...... " JIA YOU"!!
ReplyDeletemoga kita dapat sekelas lg.. hehehehe.. maaf jika bising dlm kelas. sy jnji,sy akn tdk bising lg.. hahahah... all da besh sifu koir ku..
ReplyDeletehehehe
cepat masa berlalu sehingga tidak perasan akhirnya smpai ke akhir suda kursus ini. kita akan merindui en.amran.. moga segala ilmu yg dicurahkan kita manfaatkan bersama-sama.
ReplyDeleteall the best in the exam guys........ good luck...!!!!!!!
ReplyDeleteAre you facing trouble while receiving a Blockchain Phone Number
ReplyDeleteverification email in Blockchain? What could be the reason behind this error? In order to attain answer and solutions as well, you can take assistance from the well-adroit professionals by dialing Blockchain customer support number at 1-800-665-6722 which is functional throughout the year. You can contact the professionals without worrying about time.
Blockchain customer support number
Blockchain Number
Blockchain Contact Number
Blockchain Toll Free Number
Blockchain Support Number
Blockchain Phone Number
Blockchain Helpline number
Blockchain Support Phone number
Blockchain Customer Support
Blockchain Customer Service
Blockchain Customer Service Number
Blockchain Wallet phone Number