Setelah menyaksikan persembahan daripada kumpulan-kumpulan lain, masa yang dinanti-nantikan akhirnya telah tiba. Minggu ini merupakan minggu pembentangan bagi kumpulan kami. Pada hari ini, kumpulan saya telah membentangkan tajuk Mak Yong. Untuk melengkapkan lagi pembentangan kumpulan kami ini, kami telah menjalankan kajian lapangan di ASWARA. Kami telah menemuduga tenaga pengajar Mak Yong di ASWARA dan banyak input yang telah kami dapat melalui kajian lapangan ini. Selain itu, kami juga telah mendapat peluang untuk menari tarian 'Mengadap Rebab' bersama-sama dengan pelajar-pelajar ASWARA. Saya berasa sangat gembira kerana mendapat peluang seperti ini.
Dalam kelas hari ini, kelas kami telah dimulakan dengan penerangan tentang muzik tradisional oleh Prof. Madya Dr. Mohd Hassan bin Abdullah bersama-sama dengan pemuzik-pemuzik UPSI. Sesi ini lebih kepada muzik Wayang Kulit dan kami telah mendapat peluang untuk lebih mengenali muzik wayang kulit ini.
Pada sesi pembentangan kita pada hari ini, kami telah memulakan sesi mukadimah yang begitu menarik perhatian sekali dan melibatkan penyertaan semua pelajar. Kami telah memulakan pembentangan kami dengan tarian mengadap rebab oleh seluruh kelas. setelah itu, kami pun telah menjalankan sesi pembentangan tentang sejarah mak yong, kostum, jenis, dan sebagainya yang berkaitan dengan Mak Yong. Secara keseluruhannya, pada pandangan saya, pembentangan kumpulan kami agak memuaskan tetapi oleh kerana masa yang tidak mencukupi, kami terpaksa 'skip' banyak bahagian yang ingin dibentangkan. Selain itu, banyak video-video hasil daripada kajian lapangan kami di ASWARA tidak sempat ditayangkan. Walaubagaimanapun, saya berharap saya dapat membuat satu pembentangan yang lebih baik dari ini pada masa akan datang.

This comment has been removed by the author.
ReplyDeleteWalaupun kita kesuntukan masa dalam sesi pembentangan kita dan kita tidak dapat membentangkan pembentangan kita dengan sempurna, tetapi usaha-uaha kita dalam menyediakan dan menyiapkan tugasan ini tidak disia-siakan. Kita telah banyak mendapat ilmu tentang Mak Yung melalui temu duga yang pelajar-pelajar lain tidak tahu.
ReplyDeleteWong!!! Semoga kita maju jaya.....
semoga berjaya
ReplyDeletePermulaan kelas dengan tarian Menghadap Rebab. Tapi lagi bagus kalau maksud setiap pergerakkan itu diterangkan kerana setahu saya setiap pergerakkan melambangkan sesuatu.
ReplyDeletemacam bermasalah je...kenapa saya tidak dapat melihat tulisan bancha di akhir itu? herm... anyway... ulasan yang baik...kita telah mengharungi setiap rintangan bersama-sama sehingga kini mengakhiri kursus ini...semoga berjaya menjawab ujian ya!!!
ReplyDeletealamak..... apalah yang berlaku dengan ruangan komen saya ini......
ReplyDeleteanda telah cuba lakukan pembentangan dengan baik..tahniah..keep it up..!!
ReplyDeletewakakkak... akhirnya kita berjaya dengan perbentangan ini.... meriah dan lucu ~~
ReplyDelete