Monday, October 25, 2010

Minggu 12 : Jurnal Refleksi

Ini merupakan minggu ke 12 bagi kuliah SMP2252. Pada minggu ini, kuliah tentang gendang 24 musim telah diberikan. Gendang ini merupakan suatu muzik tradisional bagi masyarakat Cina. Dari dahulu lagi saya suka tengok persembahan gendang 24 musim ini. saya merasakan persembahan gendang 24 musim ini sangat menarik dan dahulu saya pernah mempunyai keinginan untuk menyertai kumpulan gendang 24 ji qie ini. Saya sangat tertarik dengan semangat pemain-pemain dalam kumpulan ini dan ketepatan tempo serta kerjasama antara setiap pemain sepanjang waktu persembahan itu dijalankan.

Gendang 24 musim di Malaysia adalah berlainan dengan gendang 24 musim di negara lain. Ini kerana gendang 24 musim ini sebenarnya berasal dari Johor Bahru, Malaysia dan diasaskan oleh seorang guru muzik di sebuah sekolah di Johor Bahru. Penubuhan muzik gendang 24 musim ini telah menggegarkan seluruh dunia dengan kehebatannya terutamanya di China sehingga terdapat guru-guru muzik dari China yang datang ke Malaysia untuk mempelajari ilmu bermain gendang 24-musim ini. Terciptanya dan Tertubuhnya kumpulan gendang 24 musim ini telah menunjukkan bahawa Malaysia Boleh. Ia telah menunjukkan kehebatan masyarakat Malaysia dalam membina identiti dan seni muziknya yang tersendiri tanpa bergantung kepada negara-negara lain. Penubuhan kumpulan gendang 24 musim ini memang merupakan sesuatu yang membanggakan bangsa dan negara kita.

Gendang 24 musim ini haruslah dihargai oleh setiap warganegara Malaysia dan kita harus memastikan bahawa muzik ini sentiasa diperturunkan dari generasi ke generasi yang lain. sekiranya boleh, kita harus menjadikan gendang 24 musim ini lebih terkenal supaya setiap orang di setiap pelosok di dunia ini dapat mengetahui tentang gendang 24 musim ini.

5 comments:

  1. saya bersetuju dengan pernyataan anda yang ingin gendang 24 musim ini dihargai oleh setiap warganegara Malaysia dan memastikan agar muzik ini diperturunkan dari generasi ke generasi agar muzik ini tidak hilang ditelan zaman dan ciri-ciri dapat dinikmati secara berterusan dan supaya muzik ini dikenali oleh generasi yang akan datang.

    ReplyDelete
  2. saya begitu suka dengan perkataan pelosok dunia... wahai kawan-kawan, marilah kita bersama-sama meneruskan dan menyebar warisan kita ini...

    ReplyDelete
  3. semuanya isi tepat tanpa ada penyelewengan disitu...tingkatkan usaha anda...

    ReplyDelete
  4. Saya suka penerangan yang diberikan. Keep it up!!! Tahniah.

    ReplyDelete
  5. kalau boleh sertakan sekali dengan gambar serta video agar penerangan anda lebih jelas.

    ReplyDelete

LinkWithin

 

Blog Pelajar Kumpulan A

Blog Pelajar Kumpulan B

Blog Pelajar Kumpulan C

SMP2252 WONG SOON EN Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template