Thursday, October 7, 2010

Minggu 11 : Jurnal Refleksi

Minggu ini merupakan minggu terakhir bagi sesi pembentangan muzik tradisional. Pembentangan minggu in adalah berkaitan dengan Wayang Kulit. Kumpulan Wayang Kulit telah memulakan sesi pembentangan mereka dengan satu persembahan wayang kulit Kelantan. Walaupun saya tidak berapa faham tentang dialog yang disampaikan kerana ia adalah dalam bahasa Kelantan, namun saya berjaya juga faham sedikit tentang isi yang hendak disampaikan dan saya sangat "enjoy myself" sewaktu persembahan itu dijalankan.
Walaupun sebelum ini En. Amran pernah menyentuh sedikit tentang Wayang Kulit, tetapi setelah pembentangan dari kumpulan ini, banyak input tambahan yang telah saya perolehi. selain itu, saya berpeluang untuk menyentuh patung-patung wayang kulit yang diperbuat daripada kulit lembu itu. Walaubagaimanapun, masih terdapat banyak fakta yang saya tidak berapa faham sepanjang persembahan wayang kulit dijalankan. Secara keseluruhannya, kumpulan ini juga telah membuat satu persembahan yang sangat menarik.
Di sini, saya ingin ucapkan tahniah kepada semua kumpulan termasuklah kumpulan saya sendiri kerana telah berjaya membuat persembahan dan pembentangan yang menarik sekali dan telah memberikan input yang banyak. Sekiranya difikirkan, rasa sedih pula kerana sesi-sesi pembentangan yang menarik ini telahpun berakhir. Saya pasti akan sentiasa terkenang dengan waktu semasa berada di dalam kelas SMP2252 Muzik Tradisional ini. Diharapkan pada masa akan datang, saya berpeluang untuk mengikuti kelas yang menarik seperti kelas ini.

1 comment:

  1. meskipun kurang faham dengan dialek yang dicakapkan, namun saya dapat memahaminya setelah rakan lain menerangkan apa yang dicakapkan itu.. mari sama-sama belajar dialek kelantan supaya kita dapat faham apa yang dicakapkan itu..=)

    ReplyDelete

LinkWithin

 

Blog Pelajar Kumpulan A

Blog Pelajar Kumpulan B

Blog Pelajar Kumpulan C

SMP2252 WONG SOON EN Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template