Saturday, October 2, 2010

Minggu 10 : Jurnal Refleksi

Setelah kita mengalami beberapa sesi pembentangan yang begitu menarik sekali dari kumpulan-kumpulan yang berlainan, dengan sekelip mata sahaja kita sudah hampir sampai ke penghujung sesi pembentangan. Kesemua kumpulan telah memberikan sesi pembentangan yang sangat menarik dan memberikan banyak input yang baru kepada saya. Fikirkan balik, sebelum saya mengikuti kelas Muzik Tradisional ini, saya tidak tahu apa-apa mengenai muzik tradisional di Malaysia. Yang saya tahu hanyalah gamelan, cak lempong, keroncong dan kompang. Yang lain, saya tidak pernah mengenali tentangnya.

Kedua-dua kumpulan pembentang pada minggu ini juga telah memberikan satu persembahan yang menarik dan berjaya menarik perhatian saya. Kumpulan pada minggu ini telah membentangkan tentang Nobat dan Orkestra Cina Moden.

Kumpulan Nobat telah memberikan satu pendedahan yang 100%baru kepada saya. Sebelum ini, saya tidak pernah tahu bahawa wujudnya satu muzik Nobat di dunia ini. Selain itu, kumpulan ini telah menunjukkan video-video persembahan Nobat di Malaysia.

Kumpulan Orkestra Cina juga telah memberi banyak pendedahan kepada saya. Sebelum ini, saya memang telah mengetahui sedikit tentang Orkestra Cina. Ini kerana saya merupakan orang Cina dan saya lebih mengenali tentang budaya-budaya masyarakat Cina. Namun begitu, masih banyak lagi perkara yang saya tidak ketahui dan saya telah mengetahuinya dengan lebih mendalam setelah menghadiri sesi pembentangan kumpulan orkestra cina moden ini.

Saya sangat berterima kasih kepada kedua-dua kumpulan ini atas pembentangan mereka yang begitu menarik sekali dan terima kasih kerana telah memberi banyak input yang baru kepada saya.

Saya sangat menanti-nantikan pembentangan dari kumpulan terakhir pada minggu yang akan datang iaitu kumpulan Wayang Kulit.

1 comment:

  1. terima kasih wong..kumpulan kami sudah lakukan yang terbaik untuk anda semua..~

    ReplyDelete

LinkWithin

 

Blog Pelajar Kumpulan A

Blog Pelajar Kumpulan B

Blog Pelajar Kumpulan C

SMP2252 WONG SOON EN Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template