Monday, September 6, 2010

Minggu 8 : Jurnal Refleksi

Masa berlalu dengan begitu cepat sekali. Dalam sekelip mata sahaja kita sudah masuk kuliah pada minggu ke-8. Pada minggu ini, satu lagi pembentangan yang menarik daripada kumpulan Menora. Tahniah dan terima kasih saya ingin ucapkan kepada ahli-ahli kumpulan ini kerana telah berjaya membentangkan suatu pembentangan yang menarik.
Sebelum saya memasuki kelas ini, saya tidak tahu apa-apa tentang Menora ini. Malah, saya tidak tahu mengenai kewujudannya pun. Oleh sebab inilah saya amat berterima kasih kepada kumpulan ini kerana telah mendedahkan saya kepada perkara yang baru yang saya tidak pernah tahu dalam hidup saya selama 21 tahun ini.
Persembahan yang dilakukan amatlah baik dan memuaskan. Namun, pelajar yang menghadiri pembentangan ini agak sedikit. Ini mungkin kerana mereka telahpun balik bercuti. Namun begitu ada juga pelajar di luar bidang yang memasuki kelas ini. Ini merupakan satu perkara yang baik sekali. Saya berasa kesal kepada mereka yang tidak menghadiri kelas ini kerana mereka telah kehilangan banyak maklumat dan pengetahuan dengan tidak menghadiri kelas ini.
Perkara yang menarik dalam pembentangan kumpulan ini ialah mereka telah merumuskan cerita menora dalam sebuah persembahan video yang dilakonkan dan dihasilkan oleh mereka sendiri. Mereka memang merupakan sebuah kumpulan yang kreatif dalam pembentangan mereka.
Walaupun persembahan yang dilakukan agak panjang, kumpulan ini tetap berjaya menarik perhatian kami sepanjang persembahan mereka. Ini merupakan suatu perkara yang baik. Syabas sekali lagi diucapkan kepada kumpulan ini. Saya tidak sabar-sabar menantikan pembentangan daripada kumpulan-kumpulan akan datang.
Akhir sekali, Selamat Hari Raya Aidilfitri dan Selamat bercuti kepada semua dan saya doakan yang kita semua akan bergembira dan balik UPSI dalam keadaan yang sihat dan selamat. Jumpa lagi dalam dua minggu yang akan datang!

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

 

Blog Pelajar Kumpulan A

Blog Pelajar Kumpulan B

Blog Pelajar Kumpulan C

SMP2252 WONG SOON EN Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template