Friday, August 13, 2010

minggu 5 : Jurnal Refleksi

Gamelan dan Cak Lempong merupakan alat muzik tradisional di Malaysia. Sekiranya kita tidak mempelajari muzik ini, kita akan memikirkan bahawa kedua-dua muzik ini adalah sama. Ini kerana, alat-alat muzik yang digunakan dalam muzik ini adalah hampir sama dan cara mainannya pun hampir sama. Oleh itu, bagi mereka yang tidak berpengetahuan tentang kedua-dua jenis muzik ini, mereka tidak dapat membezakan kedua-dua jenis muzik ini. Mereka akan merasakan muzik yang dimainkan adalah sama sahaja. Biasanya orang yang tidak mengenali muzik akan merasakan muzik gamelan dan cak lempong ini sangat boring. Ini kerana muzik yang dimainkan tidaklah rock dan muzik yang dimainkan semuanya dalam rentak tradisional. Oleh itu, mereka tidak dapat menghayati lagu tersebut. Namun, jika difikirkan kembali........ bukankah hebat orang-orang yang mencipta muzik seperti ini? Dengan teknologi yang tidak begitu maju pada zaman dahulu, mereka boleh mencipta alat-alat muzik daripada besi-besi dan logam-logam dan buluh. Mereka dapat menggunakan sumber-sumber semula jadi dan menjadikannya sebagai alat-alat muzik seperti sekarang. Tambahan pula, mereka juga telah mewujudkan sistem muzik mereka sendiri. Alangkah hebatnya orang-orang pada zaman dahulu. Sekiranya difikirkan kembali........... Siapakah kita sekiranya tak ada mereka?

Gamelan dikatakan berasal dari negara Indonesia. Kita dapat lihat kebanyakan jenis muzik tradisional yang terdapat di negara kita berasal dari Indonesia. Ini mungkin kerana Indonesia merupakan negara jiran kepada Malaysia dan hubungan perdagangan yang rapat antara Indonesia dan Malaysia menjadikan negara Malaysia banyak terpengaruh dengan budaya Indonesia. Terdapat 2 jenis gamelan yang wujud di Malaysia iaitu Gamelan Melayu dan Gamelan Jawa. Gamelan Melayu dan Gamelan Jawa ini dikategorikan dalam jenis muzik bentuk tarian utama.



Gamelan Melayu juga dikenali sebagai Gamelan Terengganu ataupun Joget Gamelan. Ia wujud di istana Riau Lingga pada abad ke-18. Pada awal abad ke 20, Sultan Sulaiman(Terengganu) berkahwin dengan Tengku Mariam(pahang) dan identiti Gamelan Melayu mula wujud pada ketika itu dengan penciptaan lagu baru dan sistem tuning, instrumentasi dan melodi yang tersendiri yang berbeza dengan Gamelan Jawa. Muzik Gamelan Melayu adalah lebih mudah berbanding dengan Gamelan Jawa. Set alat Gamelan Melayu mengandungi 7 alat muzik iaitu gong, bonang/keromong, saron barung, saron penerus/peking,gambang, kenong dan gendang.






Gamelan Jawa pula berasal dari pulau Jawa Tengah dn dibawa oleh orang-orang Jawa ketika penjajahan orang Eropah. Gamelan Jawa ini digunakan untuk mengiringi pelbagai jenis tarian seperti Tarian lilin dan Kupu-kupu dan ia juga digunakan untuk mengiringi Kuda Kepang, majlis berkhatan dan sebagainya. Gamelan Jawa ini boleh didapati di Johor, WIlayah Persekutuan dan Selangor. Muzik Gamelan Jawa berfungsi sebagai permainan rakyat dan bukannya terhad untuk persembahan istana. Set alat Gamelan Jawa adalah lebih banyak dan permainannya adalah lebih kompleks berbanding dengan set Gamelan Melayu. Set Gamelan Jawa mengandungi 9 alat iaitu gendang, bonang/keromong, demung, saron barung, saron penerus/peking, gambang, kenong, kempul dan gong.



Cak Lempong juga dikenali sebagai tak lempong, talempong atau telempong. Cak lempong mula berkembang di kalangan masyarakat Melayu berketurunan Minangkabau di Negeri Sembilan. Ianya diperbuat daripada gangsa dan menggunakan teknik acuan. Permainan cak lempong biasanya digunakan untuk mengiringi Pencak Silat, Tari Lilin, Randai dan Tari Inai serta lagu bunyi-bunyian dan juga nyanyian. Dalam situasi tertentu, alat Cak Lempong boleh dijadikan sebagai pengganti atau 'alternatif' kepada Canang seperti dalam persembahan Dikir Barat dan Wayang Kulit Kelantan. Pada masa kini, kumpulan cak lempong telah dibahagikan kepada tiga bahagian mengikut fungsinya iaitu bahagian "gereteh" yang memainkan melodi, manakala "tingkah" dan "Saua" akan memainkan ritma secara berhomofoni sebagai unsur pelengkap kepada irama sesebuah lagu tersebut.



3 comments:

  1. tahniah wong.......design yang sangat menarik sekali..haha..

    ReplyDelete
  2. bagus ya, namun mohon kurangkan bahasa rojak ya.

    ReplyDelete

LinkWithin

 

Blog Pelajar Kumpulan A

Blog Pelajar Kumpulan B

Blog Pelajar Kumpulan C

SMP2252 WONG SOON EN Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template