Saturday, July 31, 2010

Minggu 3 : Jurnal Refleksi

Muzik muzik muzik.........



Muzik merupakan sesuatu perkara yang tidak akan habis dikenali oleh manusia. Muzik sentiasa berubah dari zaman-ke zaman dan masih banyak lagi perkara baru yang boleh dipelajari melalui muzik. Setiap kali saya mengikuti kelas muzik tradisional ini, barulah saya menyedari bahawa betapa ceteknya pengetahuan saya terhadap dunia muzik ini.

Pada kuliah minggu ini, saya telah mempelajari tentang tiga perkara dalam muzik tradisional Malaysia iaitu kaedah klasifikasi muzik tradisional Malaysia, kategori muzik tradisional Malaysia, dan ciri-ciri muzik tradisional Malaysia. Alat muzik boleh dibezakan mengikut perspektif adaptasi idiosinkretik. Alat muzik adaptational ialah muzik yang dimainkan mengikut penyesuaian sesuatu tempat dan boleh berubah-ubah di tempat yang berbeza manakala alat muzik idiosyncratic merupakan alat muzik yang mempunyai gaya tersendiri yang unik dan sulit. Sebelum saya mengikuti kuliah pada minggu ke-3 ini, saya tidak pernah tahu tentang kewujudan ensemble-ensemble tradisional seperti ghazal pathi, ghazal Johor, Baladi Dance, Ya Zuhur, dan Orkes Gambus. Sebelum ini, saya fikir ghazal itu tidak ada jenis yang berlainan. Sekarang barulah saya tahu bahawa terdapat pelbagai jenis ghazal.


Dalam pengklasifikasian alat muzik pula, rupa-rupanya selain daripada pengklasifikasian barat iaitu idiofon, membranofon, kordofon dan aerofon, masyarakat Cina dan India juga mempunyai sistem pengklasifikasian alat muzik mereka yang tersendiri. Walaupun saya merupakan orang Cina, saya tidak tahu bahawa pengklasifikasian alat muzik cina pada zaman dahulu adalah berbeza dengan masyarakat Barat. Bagi masyarakat Cina, alat muzik boleh diklasifikasikan kepada 8 kumpulan asas iaitu logam, batu, kain, tanah, kulit, labu kering, buluh dan kayu. Berikut merupakan pengklasifikasian alat muzik Barat :



Tiupan



Bertali



Perkusi



Terdapat 5 kategori utama dalam muzik tradisional di Malaysia. Namun, yang saya faham hanyalah 4 kumpulan sahaja iaitu muzik rakyat, muzik klasik, muzik sinkretik dan muzik kontemporari. Adakah sesiapa yang tahu apakah kumpulan ke 5 itu? Muzik rakyat, muzik klasik dan muzik kontemporari merupakan muzik yang saya sudah tahu sebelum ini tetapi muzik sinkretik ini merupakan perkara baru yang saya pelajari. Sehingga sekarang baru saya sedar bahawa wujudnya muzik sinkretik iaitu muzik yang merupakan gabungan antara muzik rakyat dengan muzik klasik.

Muzik yang berlainan jenis mempunyai ciri-ciri yang berlainan. Muzik bentuk seni lakon utama seperti mak yung, wayang kulit, opera cina dan sebagainya merupakan muzik kamar. Muzik bentuk tarian utama pula adalah muzik yang mengiringi tarian dan terbahagi kepada tradisi iaitu tradisi kesenian tinggi seperti joget gamelan dan tradisi kesenian rakyat seperti mgajat dan tarian singa. muzik ensembel genderang pula merupakan muzik yang stand alone dan mengiringi suatu upacara.contohnya adalah seperti kompang. Muzik vokal dan instrumental solo pula adalah muzik yang melibatkan seluruh aspek masyarakat. muzik ensembel sosial popular pula merupakan suatu muzik hiburan di mana ia menghasilkan muzik sinkretik dan merupakan campuran unsur muzik tempatan dengan muzik budaya luar. contoh muzik ensembel popular ialah keroncong, dondang sayang, dikir barat dan sebagainya.

Masih terdapat banyak lagi jenis-jenis atau bentuk-bentuk muzik lain yang belum diketahui oleh orang ramai kerana muzik-muzik tersebut tidak dibukukan. Oleh itu, masih banyak perkara yang kita boleh teroka dalam bidang muzik. Sama-samalah kita menjelajahi muzik di Malaysia dengan lebih mendalam lagi melalui kursus ini.

2 comments:

  1. Ulasan yang menarik Soon En. Walaupun tidak mempunyai video tetapi saya memahami isi yang anda bincangkan dalam blog ini. Teruskan usaha. Saya tidak sabar untuk membaca posting anda untuk minggu ke4.

    ReplyDelete
  2. Terdapat 5 kategori utama dalam muzik tradisional di Malaysia. Namun, yang saya faham hanyalah 4 kumpulan sahaja iaitu muzik rakyat, muzik klasik, muzik sinkretik dan muzik kontemporari. Adakah sesiapa yang tahu apakah kumpulan ke 5 itu?.......


    hahahahhaa..... i don know ooo

    ReplyDelete

LinkWithin

 

Blog Pelajar Kumpulan A

Blog Pelajar Kumpulan B

Blog Pelajar Kumpulan C

SMP2252 WONG SOON EN Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template