Sunday, August 22, 2010

Minggu 6 : Jurnal Refleksi


Mak yung merupakan salah satu jenis muzik tradisional kategori bentuk seni lakon sama seperti Menora, Mek Mulung dan Jikey. Mak Yung merupakan satu bentuk seni lakon yang sangat kuno. Drama tari Mak Yung menggabungkan unsur-unsur ritual, lakonan dan tarian, muzik vokal, muzik instrumental, lagu, cerita dan teks percakapan yang formal dan bersahaja. Mak Yung dipersembahkan sebagai hiburan dan juga sebagai salah satu cara perubatan. Ia tergolong sebagai satu jenis "music theraphy". Mak Yung dipercayai wujud sebelum kedatangan Islam lagi. Ia berasal dari Patani dan seterusnya tersebar luas di Semenanjung Malaysia, Medan dan Kepulauan Riau-Lingga Indonesia. Terdapat dua tujuan Mak Yung dipersembahkan. Satu untuk tujuan ritual dan satu untuk tujuan persembahan. Bagi persembahan untuk tujuan Ritual, Mak Yong dipersembahkan melalui Main Puteri untuk tujuan penyembuhan penyakit dan ia juga digunakan untuk sembah guru. Ia dikaitkan denga upacara di mana Pak Wang cuba menyembuhkan pesakit yang dirasuk melalui nyanyian, tarian bersawai dan menurun. Bagi persembahan ini, aras panggung adalah sama dengan aras tanah. Bagi tujuan Persembahan pula, lantai panggung didirikan beberapa kaki dari atas tanah. Panggungnya adalah beratap dan ruang persembahan adalah di tengah-tengah panggung. Persembahan jenis ini dikenali sebagai "Theater In the Round". Pemuzik dan pelakon duduk di tepi lantai. Persembahan Mak Yung biasanya dibuka dengan lagu "Mengadap Rebab" dan seterusnya diikuti dengan tarian, lakonan dan muzik. Mak Yung ini dilakonkan oleh wanita sahaja dengan hanya beberapa watak lelaki. Watak-watak yang terdapat dalam persembahan Mak Yung ialah Pak Yung dan Pak Yung Muda sebagai watak utama, Mak Yung dan Puteri Mak Yung sebagai raja perempuan, Peran Tua dan Peran Muda sebagai pengasuh, dan Tok Wak iaitu ahli nujum dan tukang. Terdapat kira-kira 11 buah cerita dan 30 buah lagu repertoire Mak Yung. Contoh lagu-lagu Makyung adalah seperti berikut:
1. Menghadap Rebab
Ini merupakan lagu terpanjang dan terpenting dalam suatu persembahan Mak Yung dan ia
dimainkan dalam permulaan persembahan. Lagu ini merupakan simbol penghormatan kepada
Rebab dan juga melambangkan semangat Mak Yung.
2. Kijang Mas
Ini merupakan lagu yang dinyanyikan selepas lagu Menghadap Rebab. Ia dinyanyikan oleh
Mak Yung dan Pak Yung untuk menceritakan sesuatu kepada Korus.
3. Lagu Sindung
Lagu ini dinyanyikan oleh Pak Yung untuk memberi arahan kepada peran.

4. Sedayung

i) Sedayung Pakyung - dinyanyikan oleh Pakyung

ii) Sedayung Mak Yung - dinyanyikan oleh Makyung

iii) Sedayung Tonggek - pengasuh
iv) Sedayung Peran - pengasuh
v) Sedayung Indik - Puteri dan Makyung
5. Mengambul
Dinyanyikan oleh watak utama pada waktu sedih.
6. Saudara
7. Pakyung Muda
8. Makyung Muda
9. Tuk Wok
10. Lagu Barat - Barat Anjur
- Kisah Barat
- Barat Cepat
- Gunung Barat
11. Pikir
12. Yur
13. Balik Padi
14. Berkhabar
15. Gading Timah
16. Kojol
17. Buluh Seruas
18. Jamba (Gembal)
19. Yo Peran
20. Anak Kumbang
21. Sri Gunung
22. Mengulik
23. Dayung Sampan
24. Mak Puyuh
25. Tari Inai (Ragam)
26. Kisah Puteri Mak Yung
27. Menghadap Raja
28. Sabar
29. Berlari Hambat Rusa (berjalan)




Alat Muzik utama dalam persembahan Mak Yung ialah sepasang gendang, sepasang tetawak, dan sebuah rebab 3 tali. Terdapat juga alat tambahan iaitu serunai, geduk dan canai. Tekstur lagu Mak Yung adalah berbentuk heterofoni di mana ia dipersembahkan oleh seorang penyanyi dan alat muzik rebab dengan melodi yang berhias dan kompleks.

Kompang merupakan satu jenis alat muzik tradisional yang tergolong dalam kumpulan membranofon. Ia mempunyai baluh "berbingkai" yang diperbuat daripada kayu jenis keras, lazimnya dari spesies nangka dengan nama saintifiknya "Artocarpus heterophyllus". Permukaan baluh kompang dipasang dengan belulang daripada kulit kambing dengan menggunakan bahan pelekat dan kemudian ditindih dengan paku supaya ketegangannya lebih terjamin. Kompang juga memerlukan rotan sedak sebagai alat tala untuk menghasilkan suara yang baik. Biasanya, kompang dimainkan secara berkumpulan dalam keadaan bersila, berdiri ataupun berarak. Untuk menghasilkan bunyi pada kompang, pemain harus menggunakan sebelah tangan untuk memegang kompang dan sebelah tangan lagi untuk memukulnya. Pukulan kompang terdiri daripada dua bunyi iaitu "Bum" dan "Pak". Terdapat tiga jenis corak pukulan atau paluan dalam permainan kompang iaitu melalu, menyilang dan meningkah. Kumpulan melalu akan memainkan rentak asas, kumpulan menyilang memainkan rentak silihan atau up beat kepada pukulan melalu, dan kumpulan meningkah akan menjadi penghias rentak kepada paluan antara kumpulan melalu dan menyilang. Terdapat tiga bahagian pukulan dalam permainan kompang iaitu pukulan Mula, pukulan Lagu dan pukulan Mati. Permainan Kompang dalam kehidupan zaman kini telah menjadi begitu pentin khususnya untuk meraikan majlis perkahwinan, menyambut tetamu dan juga pembesar-pembesar negara. Kini, permainan kompang telah mula diajar di sekolah-sekolah, pusat pengajian tinggi dan juga institusi kerajaan.

1 comment:

LinkWithin

 

Blog Pelajar Kumpulan A

Blog Pelajar Kumpulan B

Blog Pelajar Kumpulan C

SMP2252 WONG SOON EN Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template